redONE lancar pelan pascabayar dengan perlindungan HLM Takaful

Mohd Farid (dua dari kiri) bersama Mohd Asri (kiri), Ben (kanan) dan Ketua dan Ketua Pegawai Pemasaran HLM Takaful, Yassir Azlin Abdul Ghafar (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Pelan Pascabayar redONE MyCARE50.
Mohd Farid (dua dari kiri) bersama Mohd Asri (kiri), Ben (kanan) dan Ketua dan Ketua Pegawai Pemasaran HLM Takaful, Yassir Azlin Abdul Ghafar (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Pelan Pascabayar redONE MyCARE50.
A
A
A

PETALING JAYA - Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, redONE Network Sdn Bhd (Malaysia) (redONE) melancarkan pascabayar terbaharu, redONE MyCARE50U yang merangkumi pelan perlindungan takaful percuma.

Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh berkata, pelan yang direalisasikan dengan kerjasama strategik bersama Hong Leong MISG Takaful Berhad (HLM Takaful) itu ditawarkan kepada semua pengguna redONE dengan harga berpatutan iaitu RM50 sebulan.

Menerusi pelan yang dilengkapi dengan perlindungan takaful sehingga RM10,000, beliau berkata, pengguna turut ditawarkan perkhidmatan 10GB data berkelajuan tinggi, data tanpa had pada 3 Mbps dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

“Pelanggan akan kekal dilindungi di bawah perlindungan takaful HLM Takaful selagi mereka kekal berhubung dengan data dan panggilan tanpa had di bawah Pelan Pascabayar redONE My CARE50U,” katanya berucap pada majlis pelancaran pelan tersebut di Puchong dekat sini pada Khamis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful, Mohd Asri Omar

Mengulas lanjut, Ben berkata, kerjasama dijalinkan antara redONE dan HLM Takaful adalah sangat signifikan kerana kedua-dua syarikat mempunyai potensi sumber daya yang sangat baik untuk dikembangkan.

Katanya, beliau melihat bahawa langkah kreatif diambil oleh HLM Takaful untuk bekerjasama dengan syarikat telco (telekomunikasi) seperti redONE di sebalik kekangan polisi dan peraturan yang perlu dipenuhi oleh syarikat insurans adalah sesuatu yang wajar dipuji.

“Jadi saya rasa dengan kerjasama ini, ia akan membuka satu langkah baharu untuk lebih banyak lagi kerjasama yang boleh kita lakukan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik buat pelanggan masing-masing,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Mohd Farid (dua dari kiri) bersama Mohd Asri (kiri), Ben (kanan) dan dan Ketua Pegawai Pemasaran HLM Takaful, Yassir Azlin Abdul Ghafar (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Pelan Pascabayar redONE MyCARE50.
Mohd Farid (dua dari kiri) bersama Mohd Asri (kiri), Ben (kanan) dan dan Ketua Pegawai Pemasaran HLM Takaful, Yassir Azlin Abdul Ghafar (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Pelan Pascabayar redONE MyCARE50.

Perlindungan takaful termasuk untuk kes Covid-19

Sementara itu, Mohd Asri berkata, di bawah pakej tersebut, pengguna akan menikmati perlindungan takaful sehingga RM10,000 membabitkan kes kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal dan hilang upaya separa kekal.

Katanya, turut dilindungi ialah kes hilang upaya kekal menyeluruh, penyakit kritikal dipercepatkan, perbelanjaan pengebumian dan termasuk penyakit Covid-19.

“Jadi, ini adalah perlindungan yang sangat komprehensif dengan kos langgan Takaful yang diambil oleh pelanggan di bawah pelan pascabayar redONE MyCARE50U,” ujarnya.

HLM Takaful merupakan pengendali takaful berlesen yang beroperasi sejak 2006 dan merupakan komponen utama perkhidmatan kewangan Islam milik Hong Leong Financial Group (HLFG).

Untuk menikmati pelan pascabayar redONE MyCARE50U, pengguna boleh mendaftar melalui Eksekutif Pembangunan Perniagaan HLM Takaful di bawah Jabatan Afiniti dengan menghubungi Adika Yusoff Anuar di alamat emel AdikaYusof@takaful.hongleong.com.my atau talian +6014-5064 764 dan Zakwan Zainuddin (Zakwan@takaful.hongleong.com.my atau +6012-3314 815).

Kontrak perkhidmatan minimum selama 12 bulan akan dikenakan kepada pengguna yang melanggan pelan pascabayar redONE MyCARE50U dan ia akan diaktifkan pada bulan berikutnya dari tarikh pengaktifan pakej terbabit.

Selain itu, setiap pelanggan hanya layak mendapat satu sijil di bawah program tersebut kerana sijil Takaful ditandakan mengikut nombor kad pengenalan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari redONE.com.my atau www.hlmtakaful.com.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!