Turki, Malaysia bekerjasama bangunkan industri aeroangkasa

Sirim Berhad dan Turkish Aerospace pada Khamis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan mewujudkan kerjasama dalam membangunkan ekosistem Industri Aeroangkasa. - Foto Bernama
Sirim Berhad dan Turkish Aerospace pada Khamis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan mewujudkan kerjasama dalam membangunkan ekosistem Industri Aeroangkasa. - Foto Bernama
A
A
A

ANKARA - Sirim Berhad dan Turkish Aerospace pada Khamis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan mewujudkan kerjasama dalam membangunkan ekosistem Industri Aeroangkasa.

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang yang berkaitan dengan pernilaian pematuhan, pembangunan kualiti dan standard, pembangunan penyelidikan dan inovasi teknologi baharu untuk industri aeroangkasa, lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan bersama kedua-dua pihak.

SIRIM Berhad adalah sebuah organisasi korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, di bawah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, MoU itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak mempercepat penggunaan mana-mana teknologi termaju berkaitan aeroangkasa seperti drone atau Pesawat Udara Tanpa Pemandu.

"SIRIM dan Turkish Aerospace juga berharap untuk membangunkan rangka kerja perniagaan teknologi strategik Antarabangsa yang berkaitan dengan industri aeroangkasa dan mengenal pasti penyelesaian keseluruhan bagi pelaksanaan projek Pembuatan Pintar Industri 4.0," katanya.

Presiden Aeroangkasa Turki, Temel Kotil juga berkata: "Dengan perkembangan ini, kami menyasarkan untuk menyumbang kepada industri aeroangkasa Malaysia dengan beberapa projek bersama yang akan turut memanfaatkan kedua-dua pihak."

Turkish Aerospace akan terus menyumbang kepada keupayaan kedua-dua negara dalam bidang aeroangkasa dan industri pertahanan, tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!