Isu kuil: Mesyuarat bersama MB dalam masa terdekat
Exco Kerajaan Selangor V. Ganabatirau berkata anggota Kabinet daripada masyarakat India juga dijangka turut serta dalam pertemuan itu.
Beliau yang juga Adun Kota Kemuning ketika ditemui di Wisma Bernama di sini, hari ini berkata, sebelum ini usaha mencari jalan penyelesaian menemui jalan buntu berikutan wujud empat pihak yang berbeza pendirian berkenaan penempatan tapak baharu kuil itu.
"Di peringkat kerajaan negeri, kita tidak akan mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi yang menetapkan kuil itu perlu dipindahkan ke satu kawasan baharu dan sekarang kita perlu hadapi empat pihak yang berbeza pendirian dalam hal ini.
"Berdasarkan undang-undang sedia ada saya cadangkan agar satu jawatankuasa di peringkat kerajaan pusat dapat ditubuhkan bagi menyelia isu sebegini, seperti di Selangor kita ada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam. Malahan jika Hindu Endowment Board dapat ditubuhkan pun bagus juga," kata Ganabatirau. –Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!