Najib, Zahid tak hadir pembukaan penggal kedua Parlimen
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 hari ini.
Ketidakhadiran Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk itu disahkan oleh ketua pembangkang baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya tidak pasti mereka di mana. Adakah mungkin Najib perlu berada di mahkamah? Saya juga tidak menyedari yang beliau (Ahmad Zahid) tiada di sini," katanya semasa ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan Parlimen itu.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa berkenan merasmikan istiadat itu diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!