Beli Kisume bertuah dapat Alza!

Amri (empat dari kiri) dan Suzana (empat dari kanan) bersama kakitangan di samping kereta Perodua Alza yang menjadi hadiah cabutan bertuah dan akan diumumkan pada Januari 2022.
Amri (empat dari kiri) dan Suzana (empat dari kanan) bersama kakitangan di samping kereta Perodua Alza yang menjadi hadiah cabutan bertuah dan akan diumumkan pada Januari 2022.
A
A
A

CABUTAN bertuah sebuah kereta Perodua Alza menanti mereka yang membeli sekurang-kurangnya enam set produk kesihatan Kisume keluaran Syarikat Mimi Suri Heritage Sdn Bhd dan cabutan akan dilakukan pada Februari 2022.

Pengerusi Eksekutif Mimi Suri Heritage Sdn Bhd, Amri Hashim berkata, hadiah tersebut ditawarkan bagi meraikan penjual dan juga pembeli produk keluaran mereka terutamanya Kisume yang baharu dilancarkan pada Oktober lalu.

Menurutnya, orang ramai dialu-alukan menyertai cabutan bertuah yang bermula pada awal November lalu dan terbuka kepada semua rakyat di negara ini dengan memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh para stokis, dropship dan pelanggan kami selama ini.

“Cabutan bertuah kereta Perodua Alza boleh disertai oleh sesiapa sahaja dengan syarat membeli sekurang-kurangnya enam set produk kesihatan Kisume.

“Cabutan ini juga diadakan bagi meraikan 10,000 dropship dari seluruh negara yang bakal bersama kami. Mereka juga boleh menyertai cabutan ini selagi memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Urusan Hemico di Mergong, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Amri (kiri) dan Suzana bersama produk keluaran baharu Mimi Suri Heritage Sdn Bhd, Kisume yang sudah pun dilancarkan pada Oktober lalu dan mendapat permintaan tinggi.
Amri (kiri) dan Suzana bersama produk keluaran baharu Mimi Suri Heritage Sdn Bhd, Kisume yang sudah pun dilancarkan pada Oktober lalu dan mendapat permintaan tinggi.

Mengulas lanjut, Amri berkata, peluang itu juga bertujuan membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk yang kehilangan pekerjaan.

Menurutnya, 10,000 dropship yang bakal menyertai mereka akan dibantu tanpa perlu membayar yuran dan mereka juga tidak perlu mengeluarkan modal jika berminat untuk menyertai keluarga Hemico.

“Kita sedar ramai yang berminat tetapi ada halangan dari sudut kewangan, atas sebab itu mereka tidak perlu membayar yuran termasuk mengeluarkan modal.

“Pengurusan akan membantu dengan menyediakan sistem dalam talian kepada dropship yang berminat dan tugas mereka hanya perlu mencari pelanggan yang mahu menurunkan berat badan dengan Kisume,” ujarnya.

Amri berjaya menurunkan berat badan hampir 30 kilogram selepas mengamalkan produk kesihatan Kisume sejak Ogos lalu.
Amri berjaya menurunkan berat badan hampir 30 kilogram selepas mengamalkan produk kesihatan Kisume sejak Ogos lalu.

Amri yang berjaya menurunkan berat badan kepada 115 kilogram berbanding 140 kilogram sebelum ini dalam tempoh masa tiga bulan akui lebih bertenaga dan aktif selepas mengamalkan Kisume sejak Ogos lalu.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu risau mencuba kerana Kisume yang dihasilkan oleh saintis dan teknologi di Jepun itu turut mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pendapatan lumayan

Siti Idayu Shuib
Siti Idayu Shuib

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Mimi Suri Heritage Sdn Bhd, Suzana Shafie pula berkata, kini terdapat beberapa dropship yang meraih pendapatan sehingga RM3,600 walaupun baru sebulan menyertai keluarga Hemico.

Menurutnya, syarikat mereka yang berpengkalan di Mergong, Kedah sudah mempunyai Sijil Akta Jualan Langsung (AJL) dan pelanggan tidak perlu risau untuk membeli pelbagai produk keluarannya secara dalam talian.

“Selain pengerusi eksekutif yang telah mencuba sendiri sebelum produk ini dilancarkan, kami juga telah mempunyai puluhan testimoni daripada pengguna Kisume.

“Bagi tujuan menggalakkan orang ramai memiliki bentuk badan yang ideal dan kembali sihat, kurus dan cantik, syarikat turut melancarkan program Saya Beli Lemak Anda (SBLA) di mana pihak syarikat akan membeli lemak yang berjaya dikurangkan dengan harga sehingga RM100 sekilo. Ia tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya.

Seorang stokis di Alor Setar, Siti Idayu Shuib, 30, yang berniaga secara dalam talian akui lebih 50 set produk Kisume berjaya dijualnya selepas menyertai syarikat tersebut dalam tempoh lebih seminggu.

“Sistem yang disediakan oleh syarikat memang sangat membantu saya untuk menjual produk ini.

“Saya tidak perlu menyimpan stok dan setiap hari hanya perlu membuat promosi di media sosial.

Laman Web Peribadi dan Latihan turut disediakan dan ini sangat membantu saya dalam meyakinkan pelanggan, ditambah pula sistem COD yang disediakan oleh syarikat,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!