Tragedi pesawat Ethiopian Airlines: Hilang sebutir permata...

Joanna terkorban setelah pesawat pesawat Boeing 737.
Joanna terkorban setelah pesawat pesawat Boeing 737.
A
A
A

ADDIS ABABA - ETHIOPIA. "Kini kelibat Joanna tidak ada lagi di pusat-pusat kebajikan dan pusat haiwan".

Demikian kata-kata bapa buat anaknya juga mangsa tragis pesawat Boeing 737 milik penerbangan Ethiopian yang terhempas di Bishoftu, dari Addis Ababa ke Nairobi pagi semalam.

Joanna Toole, 36 tahun antara 19 kakitangan agensi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkorban melibatkan jumlah keseluruhan seramai 157 penumpang.

ARTIKEL BERKAITAN: 19 kakitangan agensi berkaitan PBB mangsa nahas Ethiopian Airlines

Bapa Joanna, Adrian Toole berkata, anaknya itu aktif menyertai organisasi kebajikan haiwan antarabangsa selama 15 tahun kemudian kini bertugas di Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.

Kehilangan anaknya cukup dirasai dan masih terkejut mendengar berita yang cukup mengemparkan itu.

"Dia seorang anak yang baik, lemah lembut, penyayang dan sering membantu orang dalam kesusahan.

"Tidak pernah dengar keburukan dia dari kenalan malah ketika kecil dia seorang anak mendengar kata," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu dia cukup terkilan diatas pemergian anak kesayanganya itu kerana hasrat Joanna untuk berbakti kepada masyarakat dan haiwan tidak dapat diteruskan.

"Berita ini cukup pedih, 'perginya' secara mengejut. Tetapi saya bangga dengan pencapaiannya sepanjang dia hidup dapat membantu masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Joanna pergi ke Nairobi untuk bercuti bukan bertugas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menzahirkan rasa simpati terhadap kehilangan nyawa susulan nahas terbabit. - The Guardian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!