5,189 Mykad hilang ketika banjir di Terengganu

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohamad Nasir Kareem
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohamad Nasir Kareem
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 5,189 kad pengenalan atau MyKad dilaporkan hilang ketika banjir yang berlaku antara bulan Disember hingga Januari dalam tempoh empat tahun di Terengganu.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Mohamad Nasir Kareem berkata, sebanyak 1,139 kad pengenalan direkodkan hilang pada tahun 2018, diikuti 1,803 ( 2019) 1,608 (2020) dan 639 pada Januari 2021.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa banjir tidak perlu membuat laporan polis berhubung kehilangan dokumen penting itu.

“Kita juga tidak mengenakan sebarang denda terhadap individu yang kehilangan kad pengenalan dan sijil kelahiran semasa banjir ketika mengemukakan permohonan gantian baharu,” katanya di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membantu mangsa banjir yang kehilangan dokumen peribadi.

Sehubungan itu katanya, JPN Terengganu akan menggerakkan dua pasukan ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menguruskan penggantian kad pengenalan baharu di sana.

Jelas beliau, dokumen tersebut dijangka siap dalam tempoh 24 jam atau sebelum mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing masing selepas banjir surut.

“Kita akan turun ke PPS dengan kerjasama Nadma dan uruskan kehilangan kad pengenalan menggunakan kemudahan perkhidmatan 'mobile' kerana kita mempunyai teknologi yang boleh dibawa ke lokasi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!