Bot terbalik: Mayat remaja ditemui penduduk kampung

Mayat mangsa dibawa ke pantai sebelum diserahkan kepada pihak polis di Kampung Sewanang, Batu 19, Sandakan.
Mayat mangsa dibawa ke pantai sebelum diserahkan kepada pihak polis di Kampung Sewanang, Batu 19, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Mayat seorang remaja perempuan yang hilang selepas terjatuh dari bot terbalik ditemui di perairan Kampung Semawang, Batu 19 di sini pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, dilaporkan mangsa yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot terbalik pada malam Khamis telah ditemui.

"Mangsa dijumpai penduduk kampung pada jam 12.18 tengah hari tidak jauh dari lokasi bot dilaporkan terbalik.

"Pasukan bomba membawa mangsa ke kawasan tepi pantai seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, susulan penemuan mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, dua anggota BBP Beluran serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditamatkan pada jam 1 petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada Khamis, remaja terbabit bersama tiga lagi mangsa lain terjatuh ke laut selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan dari Kampung Semawang Laut ke Kampung Semawang Darat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!