Puspen Sungai Ruan, Raub dikenakan PKPD

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan di Raub, Pahang akan bermula pada 28 November hingga 11 Disember.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

"Prosedur operasi standard bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook pada Jumaat malam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!