PKPD dilaksanakan di Puspen, Sungai Ruan, Raub

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan, Raub, Pahang, bermula 28 November sehingga 11 Disember.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan Covid-19.

Semua prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti sebelum ini.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 26 November. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!