Teruja biarlah bertempat

IMBAS KEMBALI...Anggota polis menahan penyokong Kuala Lumpur City FC yang merempuh masuk ke padang ketika meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC di suku akhir kedua Piala Malaysia di Cheras pada 18 November lalu. - Foto fail Bernama
IMBAS KEMBALI...Anggota polis menahan penyokong Kuala Lumpur City FC yang merempuh masuk ke padang ketika meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC di suku akhir kedua Piala Malaysia di Cheras pada 18 November lalu. - Foto fail Bernama
A
A
A

LEGENDA bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan tiga insiden yang melibatkan para penyokong sepanjang saingan Piala Malaysia kebelakangan ini membuktikan keterujaan pemain ke-12 terhadap saingan Liga Malaysia (Liga-M) masih tinggi.

Biarpun begitu Jamal menitipkan nasihat kepada komuniti bola sepak negara khasnya para penyokong pasukan yang bakal beraksi di pentas final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini memberikan keutamaan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Jelasnya lagi, situasi itu juga perlu dilihat dari sudut positif berdasarkan kepada perasaan kegembiraan setelah menyaksikan pasukan pujaan masing-masing muncul selaku pemenang.

“Bila sudah lama tak main bola, penonton tidak tengok bola sudah tentu excitement (kegembiraan) itu bertambah, jadi perlu ada sedikit kelonggaran, tidak boleh strict (tegas) sangat.

“Covid-19 ini kalau duduk di rumah pun berlaku, kalau nak kena dia kena juga. Kita kena ‘berkawan’ dengan Covid-19 ini, tak boleh bermusuh dengan dia, kerana benda ini sudah lama, sudah dua tahun kita bergelumang dengan Covid-19.

“Walaupun ada naik turun bagi kes-kes Covid-19 ini, ia tak boleh hilang serta merta cuma yang paling penting dalam kalangan penyokong masing-masing kena bijak menjaga diri,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Sebelum ini saingan Piala Malaysia 2021 diwarnai dengan beberapa insiden yang melibatkan para penyokong di beberapa venue pertandingan seperti di Petaling Jaya, Cheras dan Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Jamal Nasir
Jamal Nasir

ARTIKEL BERKAITAN: 'Penyokong KL City FC 'serbu' padang sebab teruja'- Polis

TFC, MFL dikompaun RM10,000

TMJ bidas mutu pengadilan perlawanan TFC menentang JDT

Dalam pada itu, Jamal meminta semua pihak sentiasa berfikiran positif berhubung kebenaran hanya 20,000 penonton yang dibenarkan memasuki stadium bagi menyaksikan aksi final Piala Malaysia.

Malah jelas Jamal, kebenaran itu perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam kalangan penyokong pasukan bertanding yang hadir menerusi pematuhan SOP yang ditetapkan.

“Secara jujur kebenaran untuk penonton hadir semula ke stadium pada saingan Piala Malaysia sebelum ini membantu merancakkan kembali suasana kehangatan aksi final Piala Malaysia sejak kali terakhir ia disaksikan pada musim 2019.

“Bagaimanapun SOP yang dikenakan itu mungkin memerlukan sedikit kelonggaran dalam usaha memberikan kemudahan-kemudahan tertentu kepada penonton terutamanya melibatkan aktiviti makan dan minum di stadium berkenaan.

Antara penyokong Kuala Lumpur City FC yang ditahan kerana merempuh masuk ke padang ketika raikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC di suku akhir kedua Piala Malaysia di Cheras pada 18 November lalu. - Foto fail Bernama
Antara penyokong Kuala Lumpur City FC yang ditahan kerana merempuh masuk ke padang ketika raikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC di suku akhir kedua Piala Malaysia di Cheras pada 18 November lalu. - Foto fail Bernama

“Semua pihak perlu fikir positif terhadap perkara ini maklumlah setelah lama tidak bermain bola, mereka (penonton) pasti teruja apabila dapat kembali ke stadium dan menyaksikan perlawanan di stadium.

“Bagi saya sedikit kelonggaran perlu diberikan terutamanya berhubung aktiviti makan dan minum di stadium kerana bagi saya ia hanya melibatkan botol air (mineral) atau mungkin juga burger bagi tujuan mengalas perut ketika menyaksikan perlawanan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!