Varian baharu: Perancis, Arab Saudi larang perjalanan dari Afrika
PARIS - Perancis pada Jumaat melarang kemasukan pengembara dari negara-negara Afrika sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 jam berikutan kebimbangan penularan varian baharu Covid-19.
Pengembara dari Afrika Selatan, Lesotho, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Namibia dan Eswatini, tidak dibenar masuk ke Perancis, tanpa mengira status vaksinasi, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan strain baharu, B.1.1.529, sebagai “Varian Yang Membimbangkan” yang mencetuskan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Afrika Selatan.
Selain itu, pada Jumaat Arab Saudi turut mengumumkan larangan perjalanan keluar dan masuk dari tujuh negara Afrika, memetik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
Penerbangan yang dibatalkan membabitkan negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.
Maghribi, Mesir dan Israel turut mengambil langkah yang sama bagi membendung penularan varian baharu itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!