City perlu teruskan momentum kemenangan

Pep Guardiola berharap momentum kemenangan skuad kendaliannya pada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu akan berterusan pada aksi EPL berdepan West Ham. - Foto The Independent
Pep Guardiola berharap momentum kemenangan skuad kendaliannya pada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu akan berterusan pada aksi EPL berdepan West Ham. - Foto The Independent
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berharap momentum kemenangan skuad kendaliannya pada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu akan berterusan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan West Ham pada Ahad.

Menurut Guardiola, momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam usaha City mengukuhkan kedudukan dalam carta EPL dan seterusnya mencabar kedudukan pendahulu, Chelsea.

“Kita perlu teruskan momentum kemenangan ini dan ia (kemenangan) boleh direalisasikan ketika berdepan West Ham nanti.

“Lagi pun kita telah menewaskan pasukan yang dilabel sebagai antara yang terbaik di dunia ketika ini iaitu Paris Saint-German (PSG).

“Oleh itu, saya yakin pemain-pemain mampu mencatatkan kemenangan yang diingini dan seterusnya membantu mengukuhkan lagi kedudukan pasukan dalam carta EPL,” katanya.

Untuk rekod, skuad The Citizens itu kini berada pada kedudukan kedua dengan 26 mata di belakang pendahulu Chelsea yang meraih 29 mata setelah masing-masing mengharungi 12 perlawanan.

Sementara itu, Guardiola berkata, City masih tidak dapat menurunkan Kevin De Bruyne susulan pemain berkenaan disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Malah katanya, pemantauan turut dilakukan kepada dua pemain tonggak, Jack Grealish dan Phil Foden yang tidak beraksi ketika berdepan PSG minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

“Grealish dan Foden sudah pun mula menjalani latihan, namun kita perlu pastikan kedua-dua pemain ini benar-benar cergas untuk beraksi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!