Rodgers optimis lakar kemenangan berdepan Watford

Aksi pemain Leicester City, Youri Tielemans (kiri) dan pemain Manchester City, Bernardo Silva pada saingan EPL, baru-baur ini. - Foto AP
Aksi pemain Leicester City, Youri Tielemans (kiri) dan pemain Manchester City, Bernardo Silva pada saingan EPL, baru-baur ini. - Foto AP
A
A
A

BIARPUN beraksi tanpa ramai pemain tonggak, namun pengendali Leicester City, Brendan Rodgers tetap optimis skuad kendaliannya itu mampu melakarkan kemenangan ketika berdepan Watford di Stadium King Power, pada Ahad.

Malah katanya, ada beberapa lagi pemain yang dilihat mampu beraksi cemerlang bagi menggalas tugas di posisi-posisi yang ditinggalkan pemain-pemain tonggak berkenaan.

“Kita tahu ramai pemain yang cedera, tetapi ini juga peluang untuk pemain-pemain lain menunjukkan kemampuan masing-masing.

“Berdasarkan senarai, kita dapat lihat beberapa pemain yang sebenarnya perlu diberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

“Oleh itu, diharapkan agar kesemua pemain ini tidak mensia-siakan peluang beraksi yang diberikan kepada mereka kerana kita hanya akan turunkan pemain-pemain yang terbaik untuk beraksi,” katanya.

Untuk rekod Leicester kini berada pada kedudukan ke-12 EPL dengan meraih 15 mata daripada 12 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Rodgers turut mengharapkan ‘aura’ hasil kemenangan 3-1 ke atas Legia Warsaw bagi aksi Liga Europa pada Khamis diharap menjadi bekal semangat kepada pemain untuk mencatatkan kemenangan kali ini.

Justeru katanya, skuad The Foxes itu dilihat tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta EPL.

Artikel Berkaitan:

“Kami sentiasa melihat perkara secara kolektif. Jika kita kehilangan (khidmat) seseorang pemain tidak seharusnya dilihat sebagai masalah besar.

“Lagi pun, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan memastikan kesebelasan yang terbaik beraksi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!