Selendang corak etnik Sabah
Chanteek Borneo diasaskan pada 2011 dengan menampilkan aksesori hiasan rambut berkonsepkan kraf Sabah sebelum membuka galeri mempamerkan lebih 300 patung mini berpakaian tradisi, yang turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Muzium Pakaian Mini Tradisional Orang Asal Malaysia pertama.
Kini, Chanteek Borneo menjadi syarikat tempatan pertama menghasilkan kain ela corak etnik Sabah menggunakan mesin mencetak kain secara digital berteknologi tinggi. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!