Tentera hilang di Gunung Jerai

Taklimat diberikan sebelum operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Taklimat diberikan sebelum operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
A
A
A

YAN - Seorang tentera berusia 34 tahun dilaporkan hilang di kawasan puncak Gunung Jerai, semalam.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), LT(PA) Zakiyah Md Akhir berkata, mangsa dilaporkan hilang pada jam 11 malam tadi.

Katanya, pihak APM hanya menerima laporan daripada balai polis Gurun pada jam 10 pagi ini.

"APM dengan kekuatan lima anggota bersama agensi lain naik ke atas gunung bagi operasi mencari dan menyelamat," katanya.

Mangsa beralamat dari negeri Perak dipercayai datang ke Gunung Jerai bersama beberapa rakannya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!