Tekong Vietnam didenda RM1 juta

Tran Van Loi (paling depan) ketika ditahan bersama awak-awaknya pada November 2017.
Tran Van Loi (paling depan) ketika ditahan bersama awak-awaknya pada November 2017.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang tekong bot nelayan warga Vietnam didenda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen Kemaman, di sini, hari ini selepas didapati bersalah menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa lesen pada November 2017.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy turut memerintahkan tertuduh, Tran Van Loi, 31, dipenjarakan selama tiga tahun jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menangkap ikan tanpa lesen sah yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia pada kedudukan 72.2 batu nautika dari Kuala Kemaman pada jam 9.30 pagi 22 November 2017.

Van Loi didakwa dibawa Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang dibaca bersama Seksyen 24(1) akta sama dan Seskyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 dan dibaca bersama Seksyen 52(1)(a)(i) dan (ii) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Mohamad Afiq Taqiudin Roslan.

Mahkamah memerintahkan kesemua barang kes iaitu sebuah bot, peralatan menangkap ikan, hasil lelongan tangkapan ikan sebanyak 10 tan dan minyak diesel dilucut hak kepada kerajaan Malaysia melalui Maritim Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!