Ibu kandung Melinda dicari

Waris Melinda dicari bagi membantu proses pendaftaran anak angkat.
Waris Melinda dicari bagi membantu proses pendaftaran anak angkat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang ditinggalkan ibu kandung dalam jagaan keluarga angkat dicari bagi proses pendaftaran anak angkat.

Penjaga kanak-kanak itu, Silan Awih, 44, berkata, kanak-kanak perempuan bernama Melinda itu ditinggalkan sejak berusia 4 bulan oleh ibu kandung warga Indonesia dikenali dengan nama Santi berumur lingkungan 43 tahun.

Menurutnya, ketika diserahkan, wanita berkenaan berjanji akan mengambil kembali anaknya selepas 6 bulan kerana perlu kerja di tempat yang jauh namun menghilang tanpa dapat dihubungi.

“Pada mulanya dia nak serah terus tapi saya tak setuju. Kemudian dia janji akan ambil balik tak sangka dia menghilang terus.

“Dia ada kirim duit belanja untuk anaknya tapi selama 5 bulan sahaja selepas itu dah tak dapat dikesan,”katanya.

Silan yang juga seorang suri rumah berkata, Melinda lahir pada 12 Mei 2012.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi saya di talian 01110623556,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!