Belum masa dipanggil rakam keterangan

Paparan Sinar Harian semalam.
Paparan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SELAYANG - [DIKEMASKINI] Polis masih belum mengambil keterangan ibu kepada bayi lelaki yang ditemui dibuang dalam mangkuk tandas wanita sebuah hospital di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek kini masih menerima rawatan dan keadaannya tidak mengizinkan untuk diambil keterangan.

"Kita akan tunggu dia pulih sepenuhnya sebelum merakamkan percakapannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, "katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tangkap ibu bayi dibuang dalam tandas hospital

Semalam, wanita berusia 20 itu ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan hospital dan ditempatkan di zon merah hospital yang sama sejurus selepas penemuan bayinya.

Suspek juga enggan ditemubual dan dilaporkan hanya menangis.

Sementara itu, Samsor berkata, bayi malang yang diselamatkan dilaporkan stabil serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat bayi hidup-hidup dalam mangkuk tandas

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!