Lebih 2.7 juta populasi remaja negara lengkap divaksin
KUALA LUMPUR - Seramai 2,702,748 atau 85.9 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam pada Ahad.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,818,165 individu atau 89.6 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,659,382 individu atau 96.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,006,300 atau 98.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 42,010 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,030 dos pertama, 3,214 dos lengkap serta 36,766 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,231,117 dos. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!