Pasangan ditangkap lari dari hotel kuarantin Covid-19
THE HAGUE - Polis Belanda pada Ahad menyatakan satu pasangan ditangkap di dalam pesawat selepas mereka melarikan diri dari dua buah hotel di Belanda yang dikhaskan untuk mengkuarantinkan para penumpang dari Afrika Selatan.
Mereka ditangkap selepas pihak berkuasa Belanda menyatakan bahawa 61 orang yang menaiki dua buah pesawat dan tiba di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada Jumaat lalu diuji positif Covid-19 dengan 13 daripada mereka dijangkiti varian baharu, Omicron.
Salah seorang pasangan itu pula diuji positif dan menjalani pengasingan diri.
Namun, seorang lagi daripada pasangan yang sama memperoleh keputusan ujian negatif tetapi perlu menjalani kuarantin di hotel yang berlainan.
Menurut jurucakap polis, Stan Verberkt kepada AFP, pasangan itu ditangkap ketika berada di dalam sebuah pesawat yang mahu menuju ke Sepanyol.
Jurucakap Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Sepanyol, Stefanie van Waardenburg berkata, kedua-dua mereka kembali menjalani kuarantin dan pengasingan diri di hotel yang berlainan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!