Gempa bumi di utara Peru, 12 dilaporkan cedera

Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.5 magnitud di utara Peru. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.5 magnitud di utara Peru. - Foto Reuters
A
A
A

BUENOS AIRES - Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.5 magnitud di utara Peru, kata Institut Pertahanan Awam Negara (INDECI).

"Setakat ini, 362 bangunan kediaman rosak... 76 kediaman musnah; 12 orang cedera," lapor Sputnik, memetik kenyataan INDECI pada Ahad.

Pada pagi Ahad, Pusat Seismologi Eropah-Mediteranian (EMSC) berkata gempa bumi berukuran 7.5 magnitud dilaporkan di utara Peru. Kerosakan infrastruktur dilaporkan di negara jiran Ecuador.

Gempa bumi merosakkan tujuh institusi perubatan dan 13 gereja di Peru, turut menjejaskan jalan raya dan bekalan elektrik, menurut laporan media tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!