11 ditahan leka berkaraoke dalam bangsal

Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat antara Ab Rashid (kiri) dan Mohd Azmir (kanan) disaksikan oleh Shafien di IPD Tumpat pada Isnin.
Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat antara Ab Rashid (kiri) dan Mohd Azmir (kanan) disaksikan oleh Shafien di IPD Tumpat pada Isnin.
A
A
A

TUMPAT - 11 individu termasuk lima wanita ditahan ketika sedang leka berkaraoke tanpa bayaran dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Tiga di sebuah bangsal di Kampung Pasir Parit, Tok Uban, Pasir Mas pada Ahad.

Kesemua 10 pelanggan dan seorang penganjur warga emas yang berusia antara 35 hingga 63 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 11.30 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ketika mereka leka berhibur.

“Antara yang ditahan termasuk tiga pelanggan wanita yang berusia antara 39, 43 dan 46 tahun.

“Ujian urin ketiga-tiga mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan mendapati mereka turut mempunyai dua hingga lima rekod lampau berkait dadah manakala pemilik turut memiliki dua rekod lampau termasuk kesalahan judi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada Isnin.

Shafien sebelum itu menyaksikan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat antara Superintendan Mohd Azmir Damiri menggantikan Superintendan Ab Rashid Mat Daud (kiri) yang bersara berkuat kuasa pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Shafien mengulas, hasil siasatan lanjut mendapati aktiviti karaoke tersebut aktif sejak dua bulan lalu selepas Kelantan beralih ke fasa tiga.

Artikel Berkaitan:

“Penganjur mengaku aktiviti itu dilakukan tanpa sebarang bayaran dan hanya mengenakan caj makanan serta minuman.

“Kesemua individu ditahan reman bagi membantu siasatan atas kesalahan penganjuran karaoke tanpa sebarang permit dan melanggar SOP fasa tiga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!