Tuchel tabik kematangan Jorginho

Jorginho (tengah) meraikan jaringan penyamaan ketika menentang Manchester United di Stamford Bridge, London. - Foto AFP
Jorginho (tengah) meraikan jaringan penyamaan ketika menentang Manchester United di Stamford Bridge, London. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel memuji kematangan kapten The Blues, Jorginho dalam memperbaiki kesilapan yang menyebabkan Manchester United mendahului tuan rumah apabila menyempurnakan sepakan penalti bagi memastikan kelab itu mengekalkan status pendahulu yang memberikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan satu mata.

Malah bekas pengendali Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) itu secara berseloroh menyifatkan Jorginho terpesona dengan lampu limpah Stamford Bridge apabila dia gagal mengawal bola yang membolehkan pemain The Red Devils, Jadon Sancho melepasinya sebelum menjaringkan gol pendahuluan dengan mudah.

“Sejujurnya ia situasi yang sangat luar biasa, kesilapan dan melepaskan gol seperti ini untuk kami terutamanya Jorgi jarang berlaku secara umum.

"Saya percaya bahawa dia telah salah menilai situasi malah sangat terganggu akibat lampu limpah sehingga dia tidak melihat bola pada akhirnya.

"Namun, ia memerlukan keberanian dan keperibadian yang jitu untuk tidak terjejas selepas insiden itu sepanjang perlawanan.

"Malah seseorang pemain itu perlu mempunyai keberanian untuk mengambil tanggungjawab seterusnya seperti dibuktikan Jorgi ketika menyempurnakan sepakan penalti penting buat pasukan," katanya.

Untuk rekod, Jorginho terlepas sepakan penalti ketika bersama Itali baru-baru ini dan perlawanan di Stamford Bridge tersebut pada mulanya pertahanan Chelsea Marcos Alonso mahu mengambil sepakan penalti selepas pertahanan United, Aaron Wan-Bissaka mengasari Thiago Silva di dalam kotak.

Tetapi Jorginho dengan keberanian mengambil tanggungjawab berjaya menewaskan penjaga gol The Red Devils, David de Gea.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, ini merupakan keputusan seri kali ketiga liga selepas The Blues terikat 1-1 menentang Burnley dan Liverpool dalam saingan terdahulu menyaksikan kelab London itu kekal mengemudi takhta dengan kelebihan satu mata mengatasi Manchester City dan dua mata mengatasi Liverpool selepas masing-masing mengharungi 13 perlawanan.

Pada masa sama Tuchel mengakui tidak berpuas hati dengan corak permainan The Blues walaupun menguasai aksi apabila mencipta 24 percubaan berbanding tiga oleh anak buah Michael Carrick.

“Pastinya perlawanan ini sukar untuk membayangkan bagaimana anda boleh kehilangan mata kerana kami adalah pasukan yang lebih baik dan kami adalah pasukan yang menetapkan rentak dan intensiti.

"Kami kecewa tetapi kami tidak menyesal. Ini boleh berlaku dalam bola sepak dan kami tahu itu. Sebenarnya sesuatu yang tidak baik apabila ia berlaku, tetapi ianya telah berlaku," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!