Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing
TOKYO- Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron, lapor Xinhua.
Kishida berkata, keputusan itu dibuat untuk mengelak senario yang tidak diingini dan ia adalah langkah sementara sehingga maklumat yang lebih jelas mengenai varian Omicron diperoleh.
Jepun sebelum ini telah melarang kemasukan pengembara atau mereka yang pernah mengunjungi negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!