Menteri kahwin dengan ketua pegawai eksekutif IOI Properties
PUTRAJAYA - Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin melangsungkan perkahwinan dengan ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd Lee Yeow Seng dalam satu majlis di sini hari ini.
Upacara pendaftaran perkahwinan mereka diadakan di sebuah hotel di sini, yang merupakan sebahagian daripada IOI Properties, pada tengah hari dengan dihadiri oleh saudara-mara terdekat termasuk ibu bapa masing-masing.
Sumber-sumber yang rapat mengesahkan mengenai ikatan perkahwinan pasangan itu.
Berita mengenai hubungan Yeo, 36, dengan Lee, 40, anak bongsu kepada jutawan Tan Sri Lee Shin Cheng, mula diketahui pada Disember tahun lepas selepas seorang kawannya memuat naik fotonya, bergambar dengan pasangan itu.
Majlis makan malam sempena perkahwinan mereka akan diadakan di Le Meridien Putrajaya pada 29 Mac. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!