Waspada risiko musim tengkujuh

Selain pantai dan sungai, kawasan tali air juga adalah lokasi berisiko dan sering menjadi tempat kanak-kanak bermain. Gambar hiasan Bernama
Selain pantai dan sungai, kawasan tali air juga adalah lokasi berisiko dan sering menjadi tempat kanak-kanak bermain. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada musim tengkujuh ketika ini.

Ketua Cawangan Program Kesedaran dan Keselamatan Awam Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nik Zulkifli Ibrahim berkata, sebarang kelekaan boleh mendatangkan risiko nyawa kepada diri sendiri mahupun anak-anak.

Beliau berkata, terlampau banyak risiko yang boleh berlaku ketika berada di dalam air dan JBPM menyeru ibu bapa supaya peka dengan keadaan itu misalnya mengambil berat mengenai tanda amaran di setiap tempat rekreasi seperti sungai dan pantai yang dikunjungi.

"JBPM telah menyediakan banyak papan tanda berhubung amaran tersebut di setiap kawasan riadah, jadi seharusnya ibu bapa berperanan lebih tegas untuk mematuhinya," katanya pada program terbitan Nasional FM yang membincangkan topik ‘Kesedaran Keselamatan di Air Pada Musim Tengkujuh’ di sini pada Isnin.

Nik Zulkifli berkata, selain itu, ibu bapa juga boleh bertanya kepada penduduk setempat mengenai keadaan pantai atau sungai di lokasi dikunjungi.

Menurutnya, selain pantai dan sungai, kawasan tali air juga adalah lokasi berisiko dan sering menjadi tempat kanak-kanak bermain. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!