Abang Sallehuddin dilantik semula KP DBP
KUALA LUMPUR - Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkuat kuasa Isnin.
DBP menerusi catatan di akaun rasmi Facebook miliknya mengumumkan perkara itu pada Isnin sambil merakamkan ucapan tahniah.
“Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. Selamat kembali menerajui institusi keramat perjuangan bahasa,” menurut catatan itu.
Abang Sallehuddin pertama kali dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP pada 2019. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!