'Kejam pada yang punya bakat tapi tiada rupa'

Azhan Rani
Azhan Rani
A
A
A

PELAKON hebat Azhan Rani turut meluahkan perasan terhadap kenyataan yang mencari rupa dahulu, kemudian barulah bakat.

Jelas Azhan, selama ini dia tidak pernah bercerita tentang Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), namun hari ini beliau terbaca tentang pencarian wajah DFKL yang tengah hangat berlangsung.

No Image Caption

"Khabarnya ramai yang penuh harapan nak jadi bintang TV berduyun datang namun straight pada isunya keutamaan yang dicari adalah yang punya rupa, bakat nombor dua.

"Aku cuba adil pada panel atau juri yang dipertanggungjawabkan, memenuhi kehendak stesen TV atau memancing rating dengan wajah-wajah elok adalah sasaran untuk mereka yang rata-ratanya producer juga pengarah. Kalau ramai tengok dapatlah job lagi... faham juga tu... cuma kenyataan itu pada aku terlalu kejam buat mereka yang benar punya bakat.

"Ke mana pula yang tak punya rupa tu nak humbankan bakat dia? Apakah benar audien perlukan rupa semata dan sanggup hadam lakonan semborono wajah-wajah berupa tu.

"Hakikatnya masih ada yang dahagakan kualiti, ada bakat dan rupa sekali pula adalah bonus," jelas Azhan.

Azhan juga turut mengatakan bahawa pentas DFKL itu, yang hadir disitu adalah yang masih mentah dan baru, belum punya cukup kemampuan untuk grooming.

Artikel Berkaitan:

"Sebutkan saja mana wajah pelakon rebutan ramai kini kalau dilihat balik wajah mula-mula mereka melangkah ke industri ni macam mana? Pecah rumah pun ada tapi masa itu mereka belum mampu. Dah mampu tengok la pula penampilan mereka.

"Rupa paras pada aku boleh dibentuk namun bukankah lebih berprestij pencarian DFKL tu jika bakat yang lebih diutamakan.

"Mungkinlagi baik jika perlukan wajah elok jangan namakan DFKL, buatlah macam pentas hero/dewi remaja...tu lagi tepat...end up pun diaorang cari makan jadi pelakon juga," katanya lagi.

Azhan turut memberitahu bahawa bersempena anugerah #dfkl2019 dia juga tercalon lagi dalam kategori antagonis terbaik bagi drama Nur.

"Tahun lepas aku tercalon juga untuk drama Dekatkan Jarak Kita dan jika rupa taruhannya...sedarlah aku...mohon gugurkan saja aku dari senarai ni dan carilah wajah yang lebih sesuai di situ," tulisnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!