Pengurus besar agensi kerajaan ditahan SPRM
KOTA KINABALU - Seorang pengurus besar di sebuah agensi kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat SPRM Tawau pada Isnin.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada jam 9 pagi selepas disyaki menerima suapan sebanyak kira-kira RM8,000.
Suspek dikatakan telah menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018 sedangkan kerja-kerja itu dilakukan oleh suspek sendiri.
Difahamkan, suspek dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
"Lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 3 Disember ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!