Produk popia pisang (Popis)
Produk popia pisang (Popis) yang telah diinovasikan daripada makanan ringan popular dari Indonesia oleh Muhammad Hanif Mat Zain, 28, ketika ditemui di premisnya di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini.
Graduan dalam bidang Sains Kimia Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu tidak pernah menyesal menceburi bidang perniagaan dan menganggap ia satu keputusan tepat walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum dikenali serta diterima ramai.
Sokongan daripada agensi kerajaan seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut memperkukuhkan jenama Popis yang mula dibina pada 2016.
Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) amat bagus dalam mendidik rakyat supaya lebih peka dan menghargai produk keluaran tempatan yang berkualiti dan secara tidak langsung dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri masing-masing sekali gus membina rantaian ekonomi dalam negara yang lebih kukuh dan tersusun. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!