MCA tak ada hak cadang BN dibubarkan

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - MCA tiada hak untuk mencadangkan supaya BN dibubarkan, meskipun ia sekadar cadangan namun, harus sedar bahawa sebarang keputusan harus diputuskan secara konsensus bersama lima parti komponen lain.

Justeru, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan kepimpinan MCA untuk menyedari letak duduk mereka di Parlimen yang hanya tinggal satu kerusi dan mencari jalan bagi mencari jalan mengukuhkan kedudukan supaya terus relevan dalam dalam landskap politik negara.

"MCA tidak mempunyai hak untuk mencadangkan supaya BN dibubarkan. Walaupun, ia cuma cadangan, mereka (MCA) harus mengetahui bahawa sevarang keputusan yang dibuat oleh BN ia hendaklah dibuat secara konsensus atau sebulat suara.

"Biarpun begitu kita menghormati keputusan yang dibuat MCA dan tentunya mereka tahu apa yang harus dilakukan untuk memperkukuhkan parti MCA sendiri kerana dalam Parlimen, mereka cuma tinggal satu kerusi yang majoriti pengundinya Melayu.

"Jadi mereka harus tahu kedudukan sebenar mereka jika mahu terus relevan dalam landskap politik negara kita," katanya ketika ditemui media, di lobi Parlimen, hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!