Final Piala Malaysia tetap meriah di sebalik pematuhan SOP

Foto Astro Awani
Foto Astro Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC malam ini tetap meriah dengan kehadiran penyokong sekali pun berlangsung dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Tinjauan Astro AWANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang tadi menyaksikan kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan yang mula hadir seawal jam tiga petang, walaupun sepak mula dijadualkan jam 9 malam.

Rata-rata penyokong didapati memahami dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak penganjur pada perlawanan kali ini dengan masing-masing dilihat memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Mereka juga dilihat sabar beratur di pintu masuk stadium tanpa sebarang masalah dengan kawalan keselamatan yang agak ketat daripada petugas stadium dan polis.

Penyokong juga berpuas hati dengan peraturan yang ditetapkan dan menganggap pematuhan SOP adalah wajar demi keselamatan mereka.

Tinjauan turut mendapati, anggota polis berkawal di setiap sudut di perkarangan stadium termasuk menempatkan Unit K9 dan juga Unit Rondaan Berkuda. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!