4,064 kedai makan, restoran diperiksa

Azman Adam ketika melakukan pemeriksaan di sebuah restoran di Kota Warisan, Sepang pada Selasa.
Azman Adam ketika melakukan pemeriksaan di sebuah restoran di Kota Warisan, Sepang pada Selasa.
A
A
A

SEPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memeriksa sebanyak 4,064 kedai makan dan restoran di bawah Ops Menu bermula 6 November sehingga Selasa.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 45 kes tindakan sudah diambil terhadap pengusaha premis makanan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

Menurut beliau, tujuan utama ialah dalam konteks penandaan harga iaitu sama atau sebaliknya dengan menu yang dipaparkan dengan harga makanan yang disajikan.

"Kita akan mengambil tindakan jika harga menu tidak sama dengan harga yang dicaj dan boleh mengelirukan pengguna," katanya ketika ditemui di lokasi operasi di sebuah pasar raya di Kota Warisan di sini pada Selasa.

Azman berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan tersebut untuk memastikan pengguna boleh membeli tanpa tekanan.

"Ops Menu akan dilaksanakan selama 30 hari tetapi setakat ini tiada tarikh khusus ditetapkan untuk menghentikan operasi tersebut," katanya

Menurutnya, pengguna perlu bijak memilih dan menggunakan kuasa mereka bagi mengelakkan dimanipulasi peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan membuat perbandingan harga selain memilih premis yang mempamerkan tanda harga.

Pengguna boleh membuat aduan dengan menghantar bukti seperti resit, gambar, dan alamat premis menerusi aplikasi WhatsApp di talian 0192794317 atau melalui email e-aduan@kpdnhep.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!