PDRM Kelantan catat kutipan saman RM3.3 juta

Shuhaimi
Shuhaimi
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mencatatkan kutipan saman trafik berjumlah RM3.3 juta dalam tempoh 12 hari bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kutipan paling tinggi pada hari terakhir iaitu RM403,920 atau 12 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Katanya, kutipan dibuat menerusi Kempen Pembayaran Saman Trafik Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan tawaran sebanyak 50 peratus pengurangan.

“Kempen yang bermula 15 sehingga 30 November itu mengumpul kutipan pembayaran saman berjumlah RM3,288,690.

“Kutipan pada Selasa lalu paling tinggi iaitu RM403,920 dengan Kota Bharu paling banyak iaitu hampir RM1juta diikuti Pasir Mas RM400,000 dan Kuala Krai RM350,000.

“Kutipan saman rendah di daerah Bachok iaitu RM171,000, Jeli RM184,000 dan Tumpat RM207,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!