MPK tingkat integriti dengan melindungi pemberi maklumat

Ahmad Fadzli (empat dari kiri), Alias (lima dari kiri) bersama warga kerja MPK pada program sambutan Hari Integriti Kebangsaan peringkat MPK di Dewan Hamzah MPK, Klang baru-baru ini.
Ahmad Fadzli (empat dari kiri), Alias (lima dari kiri) bersama warga kerja MPK pada program sambutan Hari Integriti Kebangsaan peringkat MPK di Dewan Hamzah MPK, Klang baru-baru ini.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggubal polisi perlindungan pemberi maklumat bagi menjamin ketelusan dan integriti dalam kalangan warga kerjanya.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, polisi itu sebagai galakan dan memudahkan warga kerja MPK atau mana-mana pihak membuat pendedahan maklumat berkaitan kelakuan tidak wajar membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Beliau berkata, usaha itu sejajar dengan fungsi MPK yang sering berurusan dengan pelbagai kumpulan pelanggan dan agensi lain dalam melaksanakan tugasan harian.

"MPK sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan dan urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan integriti tinggi serta berkesan.

"Saya berharap polisi ini memberi peluang kepada semua warga kerja MPK, pelanggan, perunding, vendor, kontraktor, agensi-agensi lain atau mana-mana pihak untuk tampil tanpa rasa gentar melaporkan apa jua perkara dan kelakuan tidak wajar yang menyalahi undang-undang serta peraturan," katanya pada program sambutan Hari Integriti Kebangsaan peringkat MPK di Dewan Hamzah MPK yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Hadir pada program itu ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim.

Sementara itu, Ahmad Fadzli turut merakamkan ucapan terima kasih kepada SPRM Selangor yang turut membantu dalam penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah tersebut.

Beliau turut berharap usaha berkenaan dapat membentuk warga kerja MPK yang teguh dan berintegriti pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!