Isu guling MB Terengganu, ini kata Exco...

Mesej yang ditularkan semalam mengenai dakwaan wujudnya kumpulan yang ingin menggantikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Adun Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Mesej yang ditularkan semalam mengenai dakwaan wujudnya kumpulan yang ingin menggantikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Adun Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kepimpinan kerajaan negeri menafikan wujudkan beberapa konflik melibatkan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, perjalanan politik negeri ini tenang dan cerita yang disebarkan bahawa wujudnya kumpulan yang ingin menggulingkan Menteri Besar Terengganu adalah palsu.

“Alhamdulillah, kerajaan Terengganu dalam keadaan damai dan tenang serta sedang bekerja keras untuk mengisi kemenangan yang diperoleh dalam PRU lalu.

“Apa yang kita lakukan kini adalah bekerja untuk rakyat dan tiada berlaku sebarang konflik dalam pemerintahan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” katanya.

Dalam pada itu, Azman turut menafikan konflik itu berlaku disebabkan perbezaan pendapat antara Ahmad Samsuri dan Abdul Hadi berhubung isu wang royalti minyak Terengganu dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Ini adalah cerita rekaan dan isu ini tidak wujud pun.

"Kita tidak pasti apa tujuan pembawa ‘cerita' ini. Apa yang pasti, kerajaan Terengganu kini dalam posisi yang sangat baik dan tenang,” katanya.

Semalam, tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kumpulan telah bertemu Abdul Hadi bagi menukar Menteri Besar Terengganu kepada Adun Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Artikel Berkaitan:

Mesej tular itu mendakwa, tindakan itu disebabkan rasa tidak puas hati kumpulan tersebut terhadap Ahmad Samsuri yang dikatakan lebih mengutamakan orang luar dalam membuat lantikan politik.

Turut disebarkan sebuah artikel bertajuk Kerusi MB Terengganu Panas? Di mana ia merujuk kepada wujudnya perbezaan pendapat antara Ahmad Samsuri dan Abdul Hadi berhubung isu royalti dan isu himpunan menolak ICERD.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!