Warga emas ditahan bersama 2,030 karton rokok seludup

Seorang warga emas ditahan bersama 2,030 karton rokok seludup pelbagai jenama di sebuah rumah Taman Harmonis pada Rabu.
Seorang warga emas ditahan bersama 2,030 karton rokok seludup pelbagai jenama di sebuah rumah Taman Harmonis pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas yang memegang taraf pemastautin tetap ditahan bersama 2,030 karton rokok seludup pelbagai jenama selepas sebuah rumah di Jalan Taman Harmonis 4 di sini diserbu, pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, lelaki berusia 66 tahun tersebut ditahan dalam serbuan sekitar jam 7.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan di dalam dua buah kenderaan yang diletakkan di hadapan premis kediaman tersebut menemui rokok dipercayai diseludup dan tidak bercukai.

"Rokok yang dirampas adalah sebanyak 2,030 karton dianggarkan bernilai RM147,788 manakala nilai cukai sebanyak RM230,832," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Rizal berkata, pihaknya turut merampas dua buah kenderaan, sebuah telefon bimbit dan jumlah keseluruhan barang kes yang dirampas dianggarkan bernilai RM518,121.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

"Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar kawasan Gombak dan Selayang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!