Jadikan istighfar sebagai amalan harian

No Image Caption
A
A
A

UMAT Islam digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan istighfar kepada ALLAH SWT dan menjadikannya sebagai amalan seharian.

Istighfar secara umumnya ialah memohon keampunan kepada ALLAH SWT selaku hamba kepada pencipta-Nya.

Nabi SAW beristighfar paling kurang 70 hingga 100 kali sehari.

Ini sebagaimana disebutkan dalam hadis baginda SAW: "Demi ALLAH, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada ALLAH dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih dari tujuh pulih kali." (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada ALLAH dan mintalah ampun kepada-Nya, kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak seratus kali." (Riwayat Muslim)

Meskipun istighfar Rejab dan fadilat yang dilakukan khusus pada bulan Rejab tidak ditemui daripada mana-mana kitab hadis yang muktabar, namun umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar.

Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan memberi kita kekuatan dalam beramal.

(Sumber: Al-Kafi #529: Kelebihan Istighfar Rejab, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!