Tahniah Sinar Harian, tahniah pasukan KL City

Sinar Harian berjaya mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2020 dengan merangkul anugerah paling berprestij - Anugerah Kajai pada Selasa.
Sinar Harian berjaya mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2020 dengan merangkul anugerah paling berprestij - Anugerah Kajai pada Selasa.
A
A
A

TAHNIAH dan syabas Merak Jalanan ucapkan kepada Sinar Harian kerana berjaya mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2020 dengan merangkul anugerah paling berprestij - Anugerah Kajai pada Selasa.

Laporan penyiasatan Sinar Harian yang membongkar isu kartel daging haram menggemparkan negara dan rakyat Malaysia sehingga membawa kepada serbuan di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember 2020.

Sesungguhnya kemenangan diraih itu adalah momen yang sangat manis dan berharga. Anugerah Kajai menjadi milik Sinar Harian selepas 15 tahun kelahirannya.

Kejayaan tidak datang bergolek begitu sahaja. Banyak rintangan dan cabaran perlu diharungi, apatah lagi wartawan membuat laporan berkenaan ketika pandemik masih menggila sehinggakan ada yang terpaksa dikuarantin akibat dijangkiti Covid-19.

Selain Sinar Harian, Merak Jalanan juga nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kuala Lumpur City (KL City) yang berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KL City berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas menundukkan JDT 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
KL City berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas menundukkan JDT 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penantian selama 32 tahun untuk ke pusingan akhir nampaknya tidak berakhir sia-sia.

Lebih istimewa kerana kejayaan tersebut hadir pada ulang tahun ke-100 piala tertua di Asia Tenggara itu.

Artikel Berkaitan:

Walaupun disifatkan sebagai pasukan únderdog, ternyata KL City mampu melakukan kejutan. Mereka berjaya melangkah ke final bukan disebabkan nasib semata-mata tetapi kerana kerja kuat dan usaha keras mereka, selain bijak dalam pendekatan taktikal.

Dua kejayaan yang memberikan inspirasi dan semangat kepada kita semua. Penat lelah yang akhirnya berbaloi.

Ayuh! Teruslah menggapai dan melakar lebih banyak kejayaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!