Jaga abang OKU 'lubuk' kumpul pahala

Muhammad Hakimi dan abang umpama isi dengan kuku dan kerja-kerja menjaga abangnya telah dilakukan sejak kecil lagi.
Muhammad Hakimi dan abang umpama isi dengan kuku dan kerja-kerja menjaga abangnya telah dilakukan sejak kecil lagi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang adik tidak pernah menganggap menjaga abang yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sebagai satu beban.

Sebaliknya, Muhammad Hakimi Abdullah, 19, anak ketujuh daripada lapan beradik itu menyifatkan ia tanggungjawab sebagai adik selepas abangnya tidak mempunyai upaya untuk bergerak seperti insan normal lain.

Pelajar semester tiga, Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Bharu (PKB) tekad menjadikan tugas itu sebagai 'lubuk' mengumpul pahala selain membantu meringankan beban kedua orang tuanya iaitu Abdullah Zakaria, 61, dan Nur Hela Che Daud, 55, yang sudah uzur.

Muhammad Hakimi mengangkat abangnya ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk dimandikan sebanyak dua kali setiap hari.
Muhammad Hakimi mengangkat abangnya ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk dimandikan sebanyak dua kali setiap hari.

"Tugas jaga abang (Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 21) tidak pernah mengganggu tugas saya sebagai seorang pelajar walaupun terpaksa mengikuti kelas secara dalam talian.

"Alhamdulillah, saya memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih anugerah dekan setiap semester. Apa yang saya peroleh itu mungkin rezeki dari ALLAH atas pengorbanan menjaga abang," katanya selepas menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin di rumahnya di Kampung Tok Pelanduk, di sini pada Rabu.

Pada kunjungan itu, Raja Shamri turut membuat kejutan dengan menyampaikan sumbangan motosikal untuk kegunaan Muhammad Hakimi.

Abdullah memandikan Muhammad Khairul Anuar sambil diperhatikan oleh Raja Shamri sementara Muhammad Hakimi mengikuti pengajian dalam talian.
Abdullah memandikan Muhammad Khairul Anuar sambil diperhatikan oleh Raja Shamri sementara Muhammad Hakimi mengikuti pengajian dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Yayasan Raja Shamri akan menyediakan sebuah tandas yang lebih selesa untuk kegunaan Muhammad Khairul Anuar dan membina sebuah bilik untuk keluarga berkenaan.

Menurut Muhammad Hakimi, setiap hari dia akan mengangkat abangnya untuk ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk memandikannya dua kali sehari.

Katanya, segala kepenatan itu hilang apabila melihat abangnya gembira selepas dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu.

Muhammad Hakimi yang merupakan anak kepada pasangan penoreh getah itu berkata, pemberian motosikal oleh Yayasan Raja Shamri amat menggembirakan dan dia akan menggunakannya untuk berulang-alik ke rumah dari politeknik apabila pembelajaran bersemuka kembali dibenarkan selepas ini.

"Jika sebelum ini saya pulang pada hari minggu sahaja, namun dengan adanya motosikal itu bolehlah berulang-alik.

"Saya dan abang umpama isi dengan kuku. Kerja-kerja menjaga abang ini telah saya lakukan sejak kecil lagi. Jadi agak sukar untuk saya 'meninggalkannya' kerana sudah 'masak' dengan kerenahnya," katanya.

Walaupun menguruskan abangnya, Muhammad Hakimi tetap fokus mengikuti pengajian secara dalam talian di rumah.
Walaupun menguruskan abangnya, Muhammad Hakimi tetap fokus mengikuti pengajian secara dalam talian di rumah.

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Khairul Anuar boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Muhammad Hakimi di 0302-7029-6339-14.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!