97 peratus populasi dewasa negara lengkap vaksin

Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19
Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,034,278 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.2 peratus atau 2,712,550 populasi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,824,704 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 142,607 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 7,347 suntikan dos lengkap, 4,744 dos pertama dan 130,516 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,671,277 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,590,730. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!