Doktor didenda tersilap potong kaki pesakit

Seorang doktor didenda setelah dia tersilap memotong kaki seorang pesakit di Austria. - Reuters
Seorang doktor didenda setelah dia tersilap memotong kaki seorang pesakit di Austria. - Reuters
A
A
A

VIENNA - Sebuah mahkamah Austria mendenda seorang doktor selepas dia tersilap memotong kaki seorang pesakit warga emas, kata seorang jurucakap sebuah tribunal di bandar Linz pada Rabu.

Walaupun doktor wanita tersebut menyatakan bahawa perbuatan tersilap memotong satu kaki pesakit tersebut adalah kesilapan manusia, hakim pula mendapati kesilapan itu adalah berpunca daripada satu kecuaian.

Berikutan itu, doktor tersebut didenda sebanyak 2,700 euro (RM3,059) dengan separuh daripada jumlah itu digantung pembayarannya, kata jurucakap berkenaan.

Doktor itu tersilap menandai kaki seorang warga emas berumur 82 tahun yang hendak dipotong sebelum pembedahan dilakukan pada bulan Mei lalu namun dia menyedari telah melakukan kesilapan dua hari selepas pemotongan dilakukan.

Pihak mahkamah juga telah menganugerahkan ganti rugi sebanyak 5,000 euro (RM5,665) ditambah dengan kadar faedah kepada balu pesakit tersebut.

Ini adalah kerana pesakit berkenaan sudah meninggal dunia sebelum kesnya dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun, doktor itu boleh membuat rayuan berhubung keputusan tersebut dan dia kini bekerja di sebuah klinik yang lain. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!