The Reds pamerkan aksi terbaik

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah merembat ke pintu gol Everton bagi menjaringkan gol ketiga pelawat pada aksi di Goodison Park, pada Khamis. - Foto EPA
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah merembat ke pintu gol Everton bagi menjaringkan gol ketiga pelawat pada aksi di Goodison Park, pada Khamis. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan skuad kendaliannya telah mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Everton di Goodison Park pada Khamis.

Menurutnya, sejak mengendalikan The Reds, inilah kali pertama kesebelasan pemain dilihat beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan bagi memastikan kemenangan pada pertemuan derby itu.

“Sejak saya mengendalikan kelab ini, rasanya inilah aksi terbaik yang dipamerkan oleh kesebelasan pemain.

“Sebelum ini kami sememangnya telah melalui banyak perlawanan di sini (Goodison Park), tetapi perlawanan malam ini adalah yang paling terbaik.

“Pemain tahu apa perlu mereka lakukan pada perlawanan ini dan mereka membuktikannya dengan mencatatkan kemenangan,” katanya.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson membuka jaringan pada minit kesembilan diikuti Mohamed Salah (min-19, min-64) dan Diogo Jota (min-79) manakala Demarai Gray menjaringkan gol sagu hati buat Everton pada minit ke-38.

Kemenangan itu menyaksikan The Reds kian mengukukah kedudukan pada tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan meraih 31 mata daripada 14 perlawanan.

Sementara itu, Klopp berpuas hati dengan aksi cemerlang dipamerkan Jordan Henderson pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain menjaringkan gol, Henderson turut dilihat membantu dan terlibat bagi membantu rakan-rakan sepasukan menjaringkan gol.

“Bagi saya Hendo (Henderson) mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan ini dan ia berlaku ketika Liverpool turut mempamarkan aksi terbaik di Goodison Park,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!