Enam atlet tinju ke Uzbekistan

Mohd Iruan (dua dari kiri) menyerahkan peralatan tinju selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Naik Taraf Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Ipoh pada Khamis.
Mohd Iruan (dua dari kiri) menyerahkan peralatan tinju selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Naik Taraf Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Ipoh pada Khamis.
A
A
A

ENAM atlet tinju kebangsaan akan hantar menjalani latihan ke Uzbekistan sebagai persediaan menjelang kejohanan sukan antarabangsa iaitu Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2022.

Presiden Persatuan Tinju Malaysia, Datuk Mohd Iruan Zulkefli berkata, kesemua mereka akan ke negara itu pada awal Januari sebelum menyertai ASBC Asian U22 Boxing Championships yang akan berlangsung di Uzbekistan pada hujung bulan yang sama.

Menurutnya, bagaimanapun sebelum itu satu kejohanan di dalam negara akan diadakan pada 7 hingga 11 Disember ini bagi melihat prestasi semasa atlet-atlet kebangsaan dan negeri selepas sekian lama tidak diadakan aktiviti akibat sekatan pergerakan disebabkan penularan Covid-19.

"Semua atlet terpilih yang terbaik kita akan hantar latihan ke luar negara. Ini untuk persiapan kita dan kita akan banyak latihan di luar negara, juga perlawanan di luar negara supaya atlet kita dapat meningkatkan permainan. Atlet yang kita ada hari ini adalah atlet muda yang mereka mungkin pertama kali akan mewakili negara di peringkat tertinggi Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

Mohd Iruan (tengah) bersama atlet dan barisan kejurulatihan tinju Perak selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Naik Taraf Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Ipoh pada Khamis.
Mohd Iruan (tengah) bersama atlet dan barisan kejurulatihan tinju Perak selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Naik Taraf Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Ipoh pada Khamis.

"Harap rakyat Malaysia dapat doakan supayaada atlet yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 22 tahun akan membawa pulang pingat emas di Sukan SEA dan harap dapat memecah rekod terlalu lama pingat emas komanwel 1998. Harap kita dapat buat kejutan di Sukan Komanwel tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penyerahan Naik Taraf Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Pusat Latihan Tinju Negeri Perak, di Ipoh pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perak, Mohd Soufi Mohd Ibrahim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Johari Sham Ahmad Shohor Affendi.

Dalam perkembangan lain, Mohd Iruan berkata, semua pusat latihan tinju kebangsaan dan negeri-negeri dinaik taraf memandangkan terdapat kemudahan itu yang berusia lebih 20 tahun.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebanyak 15 pusat latihan tinju di bawah gabungan persatuan termasuk pusat latihan di bawah Angkatan Tentera Malaysia yang banyak melahirkan atlet tinju di negara ini.

"Kita mengharapkan selepas ini sekurang-kurangnya Persatuan Tinju Malaysia dan negeri-negeri ada lima pusat latihan tinju supaya kita dapat melahirkan ramai atlet mewakili negara.

"Semua negeri ada pusat latihan dan ada yang berusia 20 tahun jadi kita naik taraf semua pusat latihan tanpa tertinggal satu negeri pun," katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mohd Iruan turut menyerahkan beberapa set latihan tinju kepada atlet tinju Perak bagi tujuan latihan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!