Laluan ke Cameron Highlands ditutup
IPOH - Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan berlaku kejadian tanah runtuh pada Khamis.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, laluan tersebut tidak selamat untuk dilalui dan masih dikawal ketat oleh pihak konsesi.
"Kawasan terlibat dalam kejadian runtuhan tanah di Kilometer 27.10 itu adalah sepanjang 100 meter.
"Kejadian dipercayai ekoran hujan berterusan yang menyebabkan hakisan tanah," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, pemantauan dari semasa ke semasa sedang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dan pihak konsesi jalan Persekutuan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira terdapat sebuah lori dan kereta terlibat dalam kejadian itu melibatkan sekurang-kurangnya dua mangsa, namun setakat ini belum ada pengesahan dibuat.
Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, dipercayai terdapat dua kenderaan tertimbus dalam runtuhan berkenaan.
Difahamkan, terdapat sebuah lori dan kereta terlibat dalam kejadian itu melibatkan sekurang-kurangnya dua mangsa, namun setakat ini belum ada pengesahan dibuat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!