Kepala budak tersepit celah penghadang

Keadaan kanak-kanak itu ketika tersepit pada besi pagar penghadang di rumahnya.
Keadaan kanak-kanak itu ketika tersepit pada besi pagar penghadang di rumahnya.
A
A
A

KUANTAN- Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan menyelamat seorang kanak-kanak yang tersepit pada besi pagar penghadang di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh, pagi tadi.

Kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan itu tersepit selepas memasukkan kepalanya dicelah besi tersebut dan gagal untuk dikeluarkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hasnuddin Hussin berkata, berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.05 pagi dan anggota tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, operasi mengeluarkan leher mangsa tersepit mengambil masa kira-kira lima minit.

“Kepala kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan tidak mengalami sebarang kecederaan.” katanya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!