Kedudukan lori tertimbus tanah runtuh berjaya dikesan

Pasukan STORM menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam sebuah kenderaan. - Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan STORM menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam sebuah kenderaan. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan kenderaan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai, di sini pada Khamis.

Kenderaan dipercayai sebuah lori itu berjaya dikesan kira-kira jam 5 petang.

Usaha mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan tertimbus runtuhan tanah di jalan Cameron Highlands

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!