Polis tahan dua wanita bantu kasari bayi di taska

Polis menahan dua wanita berusia 20-an untuk membantu siasatan berhubung kes mengasari bayi di taska.
Polis menahan dua wanita berusia 20-an untuk membantu siasatan berhubung kes mengasari bayi di taska.
A
A
A

BALIK PULAU - Polis menahan dua wanita berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes mengasari bayi di sebuah taska di Bayan Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kedua-dua mereka ditahan selepas menerima dua laporan berhubung kejadian itu pada Rabu.

"Kejadian itu tular di Facebook baru-baru ini namun siasatan mendapati kes berlaku pada 24 November lalu kira-kira jam 6.45 petang.

"Kedua-dua wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas mengenai kejadian itu, Kamarul berkata, video berdurasi 44 saat itu dimuat naik oleh ibu mangsa di akaun Facebook bernama Cahaya Naziha Mohd Nhazeri yang memaparkan seorang individu membaling sebuah objek yang dipercayai bungkusan mampat terhadap seorang bayi.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Sejak Rabu, video berkenaan mendapat 2,700 reaksi dengan 1,200 komen selain dikongsi sebanyak 9,000 kali oleh netizen.

Selain memaparkan seorang individu membaling bungkusan mampat terhadap bayi yang sedang merangkak itu, video itu juga menunjukkan seorang lagi budak lelaki ditarik rambutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!