Tanah runtuh: Mayat pertama ditemui

Keadaan lori dipandu mangsa yang tertimbus dengan tanah dalam kejadian di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai pada Khamis. - Foto ihsan Bomba Perak
Keadaan lori dipandu mangsa yang tertimbus dengan tanah dalam kejadian di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai pada Khamis. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Mangsa pertama yang tertimbus bersama kenderaan dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai di sini berjaya ditemui kira-kira jam 8 malam Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang berasal dari Tanjung Piandang, Parit Buntar merupakan pemandu lori yang membawa muatan sayur dari Cameron Highlands ke Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, identiti mangsa berjaya dikenal pasti dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Operasi mengeluarkan mangsa masih diteruskan dan pasukan penyelamat mengalami kesukaran berikutan kenderaan tersebut tertimbus dengan tanah," katanya di sini pada malam Khamis.

Beliau turut mengesahkan terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ditemukan terbalik dalam kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, bilangan sebenar mangsa terperangkap dalam kenderaan itu masih belum dikenal pasti.

"Operasi masih diteruskan sehingga kesemua mangsa berjaya ditemui sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan," katanya.

Operasi dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Artikel Berkaitan:

Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM Kuala Lumpur turut digunakan bagi membantu mengesan mangsa lain yang masih tertimbus.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa tertimbus dipercayai pemandu lori sayur

Kenderaan tertimbus runtuhan tanah di jalan Cameron Highlands

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!